Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 16 Mei – Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,275 kes bersamaan kumulatif kes sebanyak 153,663 kes.

Angka tersebut berkurangan sedikit berbanding 1,507 kes yang direkodkan semalam.

Ini diikuti Sarawak dengan 405 kes bersamaan kumulatif 38,383 kes setakat ini.

Kedah pula mencatatkan 363 kes, diikuti Kelantan (357), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (342) dan Johor (224).

Negeri yang mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes adalah Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122) dan Perak sebanyak 115 kes.

Sabah pula mencatatkan 87 kes, Negeri Sembilan (70), Terengganu (58), Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing-masing tujuh kes dan Perlis dua kes dicatatkan.

Related posts

Leave a Comment