49 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Mei – Sebanyak 49 kes baharu Covid-19 dilaporkan Singapura setakat tengah hari ini termasuk 38 jangkitan dalam masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan 61,585 kes

Menurut Kementerian Kesihatan, 20 daripada kes dalam masyarakat itu berhubung kait dengan jangkitan sebelum ini, termasuk 13 pesakit yang sudah menjalani kuarantin dan baki 18 kes dalam masyarakat tidak berhubung kait.

Sebanyak 11 kes import direkodkan termasuk lima rakyat Singapura atau penduduk tetap yang kembali ke negara ini. Semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya di Singapura.

Kes yang berkaitan termasuklah Kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi merekodkan enam kes; Kluster Penjara Changi melaporkan dua kes dan kluster Learning Point  sembilan kes.

Bagi 11 kes import pula, lima melibatkan penduduk tetap (PR) yang pulang dari India, lima pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia, Malaysia dan Filipina

Sebanyak 42 kes dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital, 207 masih menerima rawatan di hospital, kebanyakan dalam keadaan stabil dan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment