3,780 kes positif, 36 kematian

PUTRAJAYA 16 Mei – Sebanyak 3,780 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 470,110 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, 36 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,902 kes.

Sehingga hari ini, 3,990 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 426,319 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 520 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment