11 kluster baharu, 470 aktif

PUTRAJAYA 16 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kluster 1,887 di mana 1,417 telah tamat dan 470 masih aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan empat kluster di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak, Perak, Melaka dan Sabah.

KLUSTER PARIT LINTANG, JOHOR

Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 450723, lelaki, Warganegara Malaysia berumur 67 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 2 Mei 2021.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Parit Lintang, Batu Pahat. Sehingga kini lapan kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 13 kes dengan 55 saringan telah dijalankan.

KLUSTER JALAN BENUT, KLUANG, JOHOR

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Benut, Simpang Renggam, Kluang.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 425669, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang dilaporkan positif CAovid-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Sehingga kini dua kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 25 kes. Sebanyak 110 saringan telah dijalankan.

KLUSTER JALAN SUNGAI PANJANG, SELANGOR

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 417713, perempuan, warganegara Malaysia berumur 38 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 24 April 2021.

Setakat ini dua kes baharu dicatatkan dengan jumlah 11 kes. Sebanyak 130 saringan telah dijalankan petugas kesihatan.

KLUSTER JALAN KELAB GOLF TIGA BELAS, SELANGOR

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Hulu Langat dan Sepang.

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan kakitangan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam, Petaling.

Sehingga kini empat kes baharu dicatatkan daripada 23 kes keseluruhannya. Sebanyak 137 saringan telah dijalankan petugas kesihatan.

KLUSTER TANAH LESEN, SELANGOR

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 421970, lelaki, warganegara Malaysia berumur 16 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 28 April 2021.

Setakat ini empat kes baharu dicatatkan hari ini, daripada keseluruhan 13 kes. Sebanyak 72 saringan telah dilaksanakan.

KLUSTER GUGUSAN ALAM, KUALA SELANGOR

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/6, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 428488, perempuan, warganegara Malaysia berumur 33 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 4 Mei 2021.

Sebelas kes baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah 27 kes keseluruhan. Sebanyak 141 saringan telah dijalankan.

KLUSTER KAMPUNG TERUSAN, KELANTAN

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 398193, lelaki, warganegara Malaysia berumur 67 tahun dari Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu yang dilaporkan positif Covid-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kes mula bergejala pada 20 April 2021. Sebanyak dua kes baharu dicatatkan daripada keseluruhan 40 kes. 82 saringan telah dijalankan.

KLUSTER JALAN SEMABOK, MELAKA

Kluster ini di daerah Melaka Tengah, melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, Melaka Tengah.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 453081, lelaki, warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 5 April 2021.

Sebanyak dua kes baharu dicatatkan dengan jumlah 11 kes ketika ini. Sebanyak 181 saringan telah dijalankan.

KLUSTER KAMPUNG BOYAN, KUCHING, SARAWAK

Kluster ini merupakan Kes No. 407416, perempuan, warganegara Malaysia berumur 44 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 30 April 2021 hasil saringan sebelum masuk wad.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Boyan, Kuching. Sebanyak dua kes dicatatkan hari ini dengan jumlah 19 kes keseluruhan. 69 saringan telah dijalankan.

KLUSTER JALAN ABDUL HAMID, PERAK

Kluster ini di daerah Kinta. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 447989, perempuan, warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kes mula bergejala pada 8 Mei 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti dimana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh.

Sebanyak enam kes baharu dicatatkan dengan jumlah 19 kes. Sebanyak 60 saringan dijalankan ketika ini.

KLUSTER JALAN MENTERI, SABAH

Kes ini di daerah Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 450600, perempuan, warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kes mula bergejala pada 8 Mei 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Menteri, Karamunsing, Kota Kinabalu.

Sebanyak tiga kes baharu dicatatkan dengan jumlah sembilan kes keseluruhan. Sebanyak 33 saringan dilaksanakan ketika ini.

Related posts

Leave a Comment