Indonesia henti sementara AstraZeneca

JAKARTA 16 Mei – Indonesia menghentikan sementara penggunaan dan agihan satu bekalan vaksin AstraZeneca (Batch CTMAV547) bagi memastikan keselamatan dan tidak memudaratkan selepas menerima suntikan vaksin tersebut,.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini, ujian kawalan mutu vaksin dan keracunan akan dilakukan ke atas bekalan sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam satu kenyataan, Ia melibatkan 448,480 dos vaksin yang tiba di negara itu bulan lalu sebagai sebahagian daripada lebih 3.85 juta dos vaksin yang diterima Indonesia.

Beberapa dos vaksin sudahpun diedarkan di sebahagian kawasan ibu kota Jakarta dan wilayah Sulawesi Utarat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata bulan lalu bahawa penghantaran sekitar 100 juta vaksin AstraZeneca tertunda.

Beliau memberitahu satu sesi parlimen bahawa Indonesia akan menerima 20 juta dos vaksin AstraZeneca menerusi satu perjanjian dua hala pada 2021, berbanding 50 juta dos yang dipersetujui sebelum ini.

Penghantaran baki 30 juta dos dijadualkan pada suku kedua 2022, kata beliau.

Indonesia juga dijangka menerima 54 juta dos vaksin AstraZeneca secara beransur-ansur melalui perikatan global, COVAX.

Related posts

Leave a Comment