Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 14 Mei – Selepas dua hari merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian Covid-19, angka itu berubah hari ini dengan mencatatkan 927 kes berbanding semalam 1,116 dan sebelumnya 1,020. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, 11 lagi pesakit  dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 7,122 kematian. Sebanyak 1,129 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 415,747. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 377 diikuti  Makkah dengan 320 dan wilayah Timur 134 kes. Sebanyak 9,244 kes aktif dan 1,344 dalam keadaan kritikal .,

Read More

Thailand catat 96,050 kes, kematian 30

BANGKOK 14 Mei – Thailand merekodkan 2,256 kes baharu Covid-19 termasuk lima kes import menjadikan 96,050 kes dengan kematian pula meningkat kepada 548 termasuk 30 yang meninggal hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,073 kes baharu melibatkan pihak awam dan 183 banduan penjara. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pula melaporkan 30 kematian itu adalah 16 lelaki dan 14 wanita berumur antara 15 hingga 85 tahun. Kes kematian direkodkan di Bangkok (11), Ratchaburi (4), Pathum Thani (2) Sa Kaeo (2) dan masing-masing satu di Samut Prakan, Chachoengsao,…

Read More

93.1 peratus kes sembuh di Filipina

MANILA 14 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,784 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,131,467. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian pula sebanyak 137 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 18,958. Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,053,523 atau 93.1 peratus termasuk jumlah yang direkodkan hari ini 2,972 kes. Kes aktif pula 58,986.

Read More

Langkah sukar tetapi perlu dilakukan

SINGAPURA 14 Mei – Perdana Menteri Lee Hsien Loong akur sekatan lebih ketat dan sukar bagi semua orang diperlukan untuk mencegah timbul lebih banyak kes baharu. Lee berkata, Singapura akan berjaya membendung penularan virus itu jika semua pihak memainkan peranan dan menjaga satu sama lain. Melalui Facebooknya, beliau berkata terbentuknya kelompok-kelompok baharu dan kes dalam masyarakat yang tidak berkait dengan kes sebelumnya sepanjang dua minggu lalu amat membimbangkan. Katanya, Singapura sedang melakukan ujian lebih intensif dan berusaha sedaya upaya untuk menyekat penularannya. Namun, tambah Lee sekatan lebih ketat diperlukan dan…

Read More

292 ingkar SOP hari pertama Aidilfitri

KUALA LUMPUR 14 Mei –  Seramai 292 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari pertama sambutan Aidilfitri. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun manakala 14 lagi direman. Antara kesalahan dikesan ialah 75 individu didapati gagal merekod butiran diri atau mendaftar masuk ke dalam premis. Selain itu, seramai 62 individu didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain kesalahan (110). Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan…

Read More

13 kluster baharu, 461 aktif

PUTRAJAYA 14 Mei – Kementerian Kesihatan mengenal pasti 13 kluster baharu hari ini yang sebahagian besar jumlah kes adalah dari kluster tempat kerja, selain kluster komuniti, kluster keagamaan, kluster pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini, jumlah kluster adalah 1,861 tetapi 1,400 kluster telah tamat dan sebanyak 461 kluster masih aktif. Kluster Jalan Perindustrian Balakong – Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor. – Kluster merupakan kategori tempat kerja. – Seramai 276 individu disaring, 138 positif. Kluster Tanjung Dungun – Melibatkan daerah Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, dan Besut.…

Read More

Kes di Selangor kini 150,881

PUTRAJAYA 14 Mei – Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu 1,269 kes walaupun jumlah itu turun sedikit berbanding 1,783 kes yang dilaporkan semalam. Dengan pertambahan kes hari ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini 150,881 berbanding kes terkumpul seluruh negara 462,190. Sarawak pula merekodkan 533 kes diikuti Kelantan 371, Johor 335 kes, dan Kuala Lumpur 306 kes.

Read More

34 kematian, 4,113 kes

PUTRAJAYA 14 Mei – Sebanyak 4,113 kes Covid-19 direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 462,190 kes. Kes kematian terus mencatatkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,822 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat satu kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 41,471 kes. Kes kematian hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,822 kes. Setakat ini, sebanyak 482 kes sedang menerima rawatan di Unit…

Read More

Elak ke pasar setiap hari

TANJONG 14 Mei – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta semua pengguna di negara ini merancang pembelian barang bagi mengelakkan mereka ke pasar setiap hari ketika negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19. Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow berkata, pengguna sepatutnya membiasakan diri dalam merancang pembelian barangan yang boleh disimpan supaya tidak perlu ke pasar atau pasar raya setiap hari. Pengguna sepatutnya menghentikan ke pasar setiap hari dengan merancang barangan kegunaan selama tiga atau empat hari berikutnya setelah dibeli. “Ratusan pengguna pergi ke pasar dan pasar raya setiap hari. Insiden Covid-19…

Read More

ICU HTJ hampir penuh

SEREMBAN 14 Mei – Peningkatan kes Covid-19 kritikal yang memerlukan mesin bantuan pernafasan menyebabkan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini menukar fungsi beberapa buah wad biasa kepada wad separa Unit Rawatan Rapi (ICU). Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata langkah itu diambil berikutan katil di wad ICU hospital berkenaan hampir penuh. Buat masa ini, terdapat dua hospital Covid-19 di Negeri Sembilan iaitu HTJ dan Hospital Tampin. HTJ mempunyai 10 katil ICU untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang kritikal manakala Hospital Tampin ada empat katil…

Read More