93.1 peratus kes sembuh di Filipina

MANILA 14 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,784 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,131,467.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian pula sebanyak 137 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 18,958.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,053,523 atau 93.1 peratus termasuk jumlah yang direkodkan hari ini 2,972 kes.

Kes aktif pula 58,986.

Related posts

Leave a Comment