Kes di Selangor kini 150,881

PUTRAJAYA 14 Mei – Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu 1,269 kes walaupun jumlah itu turun sedikit berbanding 1,783 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan pertambahan kes hari ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini 150,881 berbanding kes terkumpul seluruh negara 462,190.

Sarawak pula merekodkan 533 kes diikuti Kelantan 371, Johor 335 kes, dan Kuala Lumpur 306 kes.

Related posts

Leave a Comment