34 kematian, 4,113 kes

PUTRAJAYA 14 Mei – Sebanyak 4,113 kes Covid-19 direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 462,190 kes.

Kes kematian terus mencatatkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,822 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat satu kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 41,471 kes.

Kes kematian hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,822 kes.

Setakat ini, sebanyak 482 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 418,897.

Related posts

Leave a Comment