292 ingkar SOP hari pertama Aidilfitri

KUALA LUMPUR 14 Mei –  Seramai 292 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari pertama sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.

Antara kesalahan dikesan ialah 75 individu didapati gagal merekod butiran diri atau mendaftar masuk ke dalam premis.

Selain itu, seramai 62 individu didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain kesalahan (110).

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 56,925 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur SOP PKP.

Seramai 3,077 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,179 anggota telah membuat pemantauan di 4,045 pasar raya, restoran (3,974), kilang (2,025), bank (3,944), pejabat kerajaan (801) dan penjaja (1,675).

Related posts

Leave a Comment