Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 14 Mei – Selepas dua hari merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian Covid-19, angka itu berubah hari ini dengan mencatatkan 927 kes berbanding semalam 1,116 dan sebelumnya 1,020.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, 11 lagi pesakit  dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 7,122 kematian.

Sebanyak 1,129 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 415,747.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 377 diikuti  Makkah dengan 320 dan wilayah Timur 134 kes.

Sebanyak 9,244 kes aktif dan 1,344 dalam keadaan kritikal .,

Related posts

Leave a Comment