Arab Saudi catat 1,090 kes

RIYADH 6 Mei – Dua hari berturut-turut Arab Saudi merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,090 kes baharu berbanding 1,016 dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) bagi tempoh yang sama juga, seramai 14 pesakit disahkan meninggal dunia Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 423,406 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 7,032. MoH juga merekodkan 982 kes sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 406,589. Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 402 kes jangkitan diikuti Makkah 288 dan daerah Timur…

Read More

Kes harian Filipina 6,637

MANILA 6 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,637 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,080,172 dengan kes aktif 63,170. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian turut meningkat kepada 17,991 orang apabila 191 lagi pesakit meninggal dunia. DoH juga merekodkan 6,091 pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 999,011 atau 92.5 peratus daripada jumlah kes.

Read More

Thailand catat 1,911 kes, 18 kematian

BANGKOK 6 Mei – Thailand melaporkan 1,911 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 18 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 76,811 dan 336 kematian. Sebanyak 46,795 pesakit sembuh termasuk 2,435 yang dilaporkan pulih hari ini manakala 29,680 menerima rawatan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan 13 wanita dan lima lelaki yang berusia antara 45 hingga 100 tahun serta menghidap pelbagai penyakit kronik. Enam kematian dilaporkan di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua masing-masing di Nonthaburi, Chiang Mai dan Samut Sakhon serta satu masing-masing di Pathum Thani, Yala dan Sing…

Read More

14 kluster baharu

PUTRAJAYA 6 Mei – Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan lapan kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster  kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,740 dan daripada jumlah ini 1,322 kluster tamat termasuk tujuh kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Sera, Kluster Danan, Kluster Jalan Kubota Sentral, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Pagar Bukit Chagar, Kluster Tembok Taiping, dan Kluster Jalan Taming. Jumlah kluster aktif…

Read More

3,551 kes harian, 19 kematian

PUTRAJAYA 6 Mei – Walaupun turun sedikit, Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan Covid-19 melebihi angka 3,000 apabila merekodkan 3,551 kes baharu berbanding 3,744 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kini 427,927 kes. Beliau berkata sebanyak 2,709 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 392,555 kes yang bersamaan dengan 91.7 peratus. Sebanyak 19 kematian baharu melibatkan 18 warganegara dan seorang bukan warganegara dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,610 kes. Kematian pada hari ini melibatkan lima kes di Sarawak, masing-masing tiga…

Read More

Selangor catat 138,846 kes

PUTRAJAYA 6 Mei – Selangor masih mendahului kes jangkitan harian apabila merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,137 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 842 kes (74.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 477 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 391 kes (11.0 peratus). Selangor: 1,137 kes 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk 79 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Industri Platinum, Kluster Jalan Batu Arang, Kluster Jalan Sungai Merab, dan Kluster Jalan…

Read More

Pelitup muka: Presiden arah tangkap

MANILA: Tangkap sesiapa yang gagal memakai pelitup muka dengan betul. Itu arahan terkini Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam usaha mendidik masyarakat mematuhi protokol kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Beliau berkata polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul termasuk yang memakai di bawah hidung. “Arahan saya kepada polis ialah, mereka yang tidak memakai pelitup dengan betul, demi untuk melindungi orang awam… tangkap mereka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat para pegawai pasukan petugas khas pandemik hari ini. Katanya, mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan…

Read More

Larangan mudik lebaran bermula

JAKARTA: Larangan mudik lebaran iaitu kegiatan rakyat beramai-ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bermula hari ini sehingga 17 Mei. Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan untuk melarang mudik, bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pasukan Bertindak Kebangsaan Covid-19, langkah itu adalah untuk membendung penularan Covid-19 yang kesnya melonjak setiap kali selepas cuti umum utama sebelum ini. Sepanjang tempoh larangan mudik, polis akan mendirikan penghadang jalan raya di tol jalan-jalan utama untuk memaklumkan kepada para pengguna jalan raya berpatah balik. Selain itu, penggantungan sementara perjalanan melalui udara,…

Read More

India catat 412,262 kes harian

NEW DELHI: India sekali lagi merekodkan kes harian melebihi 400,000 apabila mencatatkan 412,262 kes dalam tempoh sehari. Sabtu lalu India merekodkan 401,993 jangkitan harian. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes setakat ini melebihi 21 juta manakala 3,980 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan mencecah 230,168 orang. Rabu lalu, seorang saintis terkemuka India memberi amaran bahawa gelombang ketiga adalah sesuatu yang “tidak dapat dielakkan”. Perdana Menteri Narendra Modi, yang didakwa gagal menguruskan gelombang kedua, telah mengumumkan lebih banyak langkah untuk menangani situasi tersebut. Ketika lonjakan jumlah kes yang mendadak, terdapat banyak permintaan untuk…

Read More