Thailand catat 1,911 kes, 18 kematian

BANGKOK 6 Mei – Thailand melaporkan 1,911 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 18 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 76,811 dan 336 kematian.

Sebanyak 46,795 pesakit sembuh termasuk 2,435 yang dilaporkan pulih hari ini manakala 29,680 menerima rawatan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan 13 wanita dan lima lelaki yang berusia antara 45 hingga 100 tahun serta menghidap pelbagai penyakit kronik.

Enam kematian dilaporkan di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua masing-masing di Nonthaburi, Chiang Mai dan Samut Sakhon serta satu masing-masing di Pathum Thani, Yala dan Sing Buri.

Dua belas kematian mempunyai kaitan dengan kontak rapat yang menjangkiti anggota keluarga, disamping ada yang mengunjungi kawasan berisiko di Chiang Mai dan tinggal di kawasan berisiko.

Daripada 1,911 kes baharu, 1,902 jangkitan tempatan dikesan iaitu 1,794 di hospital dan 153 melalui ujian pengesanan..

Bangkok merekodkan 739 kes baharu, Nonthaburi 273, Samut Prakan 143, Chon Buri, 76, Samut Sakhon 65, Surat Thani, 53, Nakhon Pathom 47, Ayutthaya dan Chachoengsao masing-masing 35 manakala Pathum Thani dan Nakhon Si Thammarat masing-masing melaporkan 31 kes.

Sembilan kes import pula meliputi tujuh kes kuarantin ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu, Brazil, Ireland, Iran (2),  United Kingdom dan Bangladesh.

Dua lagi kes, lelaki dan wanita yang masuk melalui Malaysia dan Kemboja.

Related posts

Leave a Comment