Arab Saudi catat 1,090 kes

RIYADH 6 Mei – Dua hari berturut-turut Arab Saudi merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,090 kes baharu berbanding 1,016 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) bagi tempoh yang sama juga, seramai 14 pesakit disahkan meninggal dunia

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 423,406 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 7,032.

MoH juga merekodkan 982 kes sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 406,589.

Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 402 kes jangkitan diikuti Makkah 288 dan daerah Timur 136.

Kes aktif pula 9,785 di mana 1,333 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment