Arab Saudi catat 1,016 kes baharu

RIYADH 5 Mei – Selepas bertahan dengan tiga angka, kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini melepasi 1,000 kes apabila merekodkan 1,016 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan koronavirus Covid-19. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 422,316 dan jumlah kematian meningkat kepada 7,018 orang. Kementerian juga merekodkan 900 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 405,607 orang pulih. Jumlah kes aktif pula 9,691…

Read More

Thailand catat 15 kematian

BANGKOK 5 Mei – Thailand melaporkan 2,112 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 74,900 dan 318 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, turut dikesan kes pertama varian Covid-19 Brazil yang dikesan di sebuah pusat kuarantin. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thailand berdepan tugas getir berikutan peningkatan mendadak kes varian B.117 yang sangat mudah merebak. Varian B.117 pertama kali dikesan di United Kingdom.   Dari 2,112 kes baharu, Apisamai berkata 2,107 adalah penularan tempatan termasuk 1,955 mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, 152…

Read More

3,780 kematian dalam 24 jam

NEW DELHI 5 Mei – India mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi hari ini sejak Covid-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu ramai. Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu, seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188. Walaupun terdapat sedikit penurunan jangkitan sejak Sabtu, kes melonjak semula kepada 382,315 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 20.66 juta. Selepas mencatatkan lebih 400,000 kes baharu – rekod baharu pada Sabtu lalu –…

Read More

Sekatan perjalanan 4 negara

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan menambah sekatan perjalanan pengembara dari empat lagi negara, iaitu Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka, daripada memasuki Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini kerajaan menyekat kemasukan warga India ke negara ini dalam usaha mencegah penularan varian baharu Covid-19 dari negara itu. Larangan memasuki Malaysia itu melibatkan semua kategori pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, Pelawat Perniagaan Antarabangsa (Business Travellers) dan Lawatan Sosial. “Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Konvesyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik…

Read More

PKP Kuala Lumpur 7 hingga 20 Mei

KUALA LUMPUR 5 Mei – Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 7 hingga 20 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau memaklumkan KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat. Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan. Premis makanan…

Read More

17 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 5 Mei – Sebanyak 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, dan satu kluster keagamaan. KLUSTER BUNGEY Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-403839) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bungey, Debak,  Betong. Sehingga 4 Mei , sejumlah 497 individu telah disaring,…

Read More

Lonjakan kes harian di Selangor

PUTRAJAYA 5 Mei – Selangor menunjukkan lonjakan kes kes harian apabila merekodkan 1,548 kes (41.3 peratus), berbanding 675 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,051 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 480 kes (12.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 419 kes (11.2 peratus). Selangor: 1,548 kes 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Setia Prima, Kluster Seruling Dua Belas, dan Kluster Taman Medan; 968 kes daripada saringan kontak rapat…

Read More

Peningkatan semula kes jangkitan

PUTRAJAYA 6 Mei – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula hari ini apabila Malaysia merekodkan kes baharu sebanyak 3,744 kes, berbanding 3,120 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 424,376 kes. Daripada jumlah itu, tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi 3,737 kes tempatan, sebanyak 3,514 melibatkan warganegara dan 223 bukan warganegara. Katanya, sebanyak 2,304 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 389,846 kes. Manakala, keseluruhan kes aktif dalam…

Read More

Semua sekolah Selangor ditutup

SHAH ALAM 5 Mei – Semua sekolah di Selangor bawah Kementerian Pendidikan diarah ditutup untuk pembelajaran secara bersemuka bermula esok sehingga 12 Mei, iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu dinyatakan melalui Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail melalui surat arahan penutupan sekolah di negeri Selangor yang tular di media sosial. Surat arahan penutupan sekolah itu diedarkan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor dan bertarikh 5 Mei 2021. Perkara sama turut disentuh oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada sidang media mengenai pelaksanaan PKP di…

Read More

Selangor tutup bazar Ramadan

SHAH ALAM 5 Mei – Mulai Sabtu ini, semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok, 6 Mei. Bagaimanapun bazar Raya dan pasar malam dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP sehingga 10 malam dengan syarat yang ketat. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak bertindak kejam dengan mengarahkan penutupan serta-merta memandangkan pengusaha atau pemilik bazar itu sudah beroperasi hampir 25 hari menjelang Jumaat ini. Dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bazar Ramadan tidak dibenarkan, namun semalam Menteri Kanan Pertahanan…

Read More