Sekatan perjalanan 4 negara

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan menambah sekatan perjalanan pengembara dari empat lagi negara, iaitu Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka, daripada memasuki Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini kerajaan menyekat kemasukan warga India ke negara ini dalam usaha mencegah penularan varian baharu Covid-19 dari negara itu.

Larangan memasuki Malaysia itu melibatkan semua kategori pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, Pelawat Perniagaan Antarabangsa (Business Travellers) dan Lawatan Sosial.

“Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Konvesyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik pada 1961,” katanya dalam satu kenyataan

Ismail Sabri menjelaskan, pengembara kategori berkenaan dipertimbangkan untuk memasuki negara ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Related posts

Leave a Comment