17 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 5 Mei – Sebanyak 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, dan satu kluster keagamaan.

  • KLUSTER BUNGEY

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-403839) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bungey, Debak,  Betong. Sehingga 4 Mei , sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU 25

Kluster komuniti  ini melibatkan daerah Bintulu dan Sebauh di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Batu 25, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu. Sehingga 4 Mei, sejumlah 199 individu disaring, di mana 98 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TANGKIS SELATAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tangkak, Muar, dan Segamat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409838) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang berlangsung dari 21 April 2021 sehingga 24 April 2021 di Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei, sejumlah 293 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SURIAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394100) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Surian 3, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei , sejumlah 152 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU 30

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367797) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Batu 30, Machang. Sehingga 4 Mei, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JERAI MAJU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401467) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Jerai Maju 5, Taman Jerai Maju, Gurun, Kuala Muda. Sehingga 4 Mei, sejumlah 37 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LAYANGAN LABUAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420617) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di mukim Layangan, Labuan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 53 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMING JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif C-19 bermula pada 22 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 628 individu disaring, di mana 43 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN MEDINI SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409826) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei , sejumlah 48 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KWENG HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392532) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berdekatan dengan Jalan Kweng Hitam, Machang. Sehingga 4 Mei, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN YAHYA 2

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406680) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra,  Titiwangsa. Sehingga 4 Mei, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BESAR SUNGAI JAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407650) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Mei, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DAH KILOMETER TUJUH

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411444) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kilometer 7, Kampung Tandop, Baling. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LUBUK KATAK

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407956) merupakan kes Severe Acute Respiratoy Infection (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 30 April 2021. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Batang Padang. Sehingga 4 Mei, sejumlah 63 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER D’KUALA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Papar di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409514) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala, Papar. Sehingga 4 Mei, sejumlah 440 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN UNGKU ABDUL AZIZ

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN SRI LAMBAK

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394069) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Lambak, Kluang. Sehingga 4 Mei, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment