Arab Saudi catat 1,016 kes baharu

RIYADH 5 Mei – Selepas bertahan dengan tiga angka, kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini melepasi 1,000 kes apabila merekodkan 1,016 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan koronavirus Covid-19.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 422,316 dan jumlah kematian meningkat kepada 7,018 orang.

Kementerian juga merekodkan 900 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 405,607 orang pulih.

Jumlah kes aktif pula 9,691 di mana 1,346 dalam keadaan kritikal

Riyadh pula merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 373 diikuti Makkah 279 dan daerah Timur 125 kes.

Related posts

Leave a Comment