Peningkatan semula kes jangkitan

PUTRAJAYA 6 Mei – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula hari ini apabila Malaysia merekodkan kes baharu sebanyak 3,744 kes, berbanding 3,120 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 424,376 kes.

Daripada jumlah itu, tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi 3,737 kes tempatan, sebanyak 3,514 melibatkan warganegara dan 223 bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 2,304 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 389,846 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 32,939.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 17 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,591 kematian.

Seramai 328 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 185 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment