PKP Kuala Lumpur 7 hingga 20 Mei

KUALA LUMPUR 5 Mei – Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 7 hingga 20 Mei ini, kata

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau memaklumkan KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 malam sahaja dan tidak dibenarkan dine-in.

Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhr aya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari pukul  6 pagi hingga 2 petang.

Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri mel

Related posts

Leave a Comment