3,780 kematian dalam 24 jam

NEW DELHI 5 Mei – India mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi hari ini sejak Covid-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu ramai.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu, seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188.

Walaupun terdapat sedikit penurunan jangkitan sejak Sabtu, kes melonjak semula kepada 382,315 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 20.66 juta.

Selepas mencatatkan lebih 400,000 kes baharu – rekod baharu pada Sabtu lalu – terdapat penurunan kes harian pada Selasa iaitu 357,229

Lonjakan kes harian menyebabkan sistem kesihatan lumpuh, dengan beberapa hospital di New Delhi kekurangan alat oksigen.

Beberapa hospital kini bakal berdepan kes mahkamah apabila pesakit meninggal dunia disebabkan kekurangan peralatan oksigen.

Mahkamah Tinggi Allahabad, Uttar Pradesh menyifatkan kematian pesakit Covid-19 hanya disebabkan ketiadaan bekalan oksigen di hospital sebagai satu kesalahan dan seperti pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan yang telah diberi tugas untuk memastikan bekalan oksigen perubatan yang cukup.

Related posts

Leave a Comment