Perancis buka semula sekolah

PARIS: Perancis membuka semula tadika dan sekolah rendah untuk fasa pertama selepas perintah berkurung selama tiga minggu walaupun kes jangkitan baharu Covid-19 masih tinggi. Murid-murid sekolah menengah dan tinggi pula akan kembali ke kelas pada Isnin depan. Presiden Emmanuel Macron berkata,  kepulangan ke sekolah akan membantu memerangi ketidaksamaan sosial. Justeru katanya, anak-anak perlu kembali hadir ke sekolah dengan protokol yang ketat. Di pinggir bandar Paris, Neuilly-sur-Seine, murid-murid memakai pelitup muka dan menggunakan gel pembasmi kuman apabila memasuki sekolah. Poster diletakkan untuk memperingati pelajar agar mengamalkan penjarakan fizikal. Murid-murid sekolah menengah…

Read More

Majlis Neelofa dikompaun RM60,000

KUALA LUMPUR 27 April – Akhirnya segala persoalan terjawab apabila usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tindakan mengenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz hanya satu kesalahan. Sementara 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung. Ketua Polis Daerah Dang Wangi,…

Read More

Isu kompaun RM50,000 peniaga burger

PUTRAJAYA 27 April – Denda maksimum bagi pengusaha perniagaan yang melakukan kesalahan beroperasi melebihi waktu dibenarkan ialah RM10,000, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan. Perkara itu ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menurut Takiyuddin, kompaun di bawah akta tersebut mesti berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dan segala tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah bertujuan pencegahan dan bagi memberi pengajaran kepada pelaku. Katanya, Ini supaya, semua…

Read More

Gagal pakai pelitup, PM didenda

BANGKOK 27 April – Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha adalah antara individu terawal yang dikenakan denda kerana gagal memakai pelitup muka pada hari Isnin (26 April ) lalu. Prayuth yang juga Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan, pagi Isnin, hari pertama pihak berkuasa mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam. Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang dalam laman rasmi Facebooknya berkata perdana menteri diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman. “Beliau (Prayuth) telah dikenakan…

Read More

Jumlah kes seperti 5 bulan

GENEVA 27 April – Angka kematian berkaitan virus Covid-19 meningkat untuk enam minggu berturut-turut di peringkat global, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Katanya, pada masa yang sama, kes jangkitan turut meningkat untuk sembilan minggu berturut-turut. “Jumlah kes di seluruh dunia minggu lalu sama banyaknya dengan angka yang direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama wabak ini mula merebak,” katanya pada sidang media di sini semalam (Isnin) Mengenai situasi di India, WHI menyifatkan lonjakan mendadak kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di India baru-baru ini sebagai…

Read More

Kes harian tinggi di Singapura

SINGAPURA mencatatkan kes harian tertinggi pada Isnin 26 April apabila merekodkan 45 kes baharu Covid-19 termasuk dua jangkitan tempatan iaitu satu dalam masyarakat dan satu di asrama pekerja. Kes dalam masyarakat melibatkan seorang pelajar warga Singapura berusia 19 tahun yang belajar di United Kingdom dan kembali ke Singapura pada Disember lalu. Jangkitannya dikesan ketika beliau menjalani ujian sebelum berangkat pada 23 April sebagai persiapan untuk perjalanan ke United Kingdom. Pelajar itu, sebelum ini berada di United Kingdom dari 11 September hingga 1 Disember tahun lalu. Satu lagi kes melibatkan penghuni asrama…

Read More

Arab Saudi lapor 958 kes

RIYADH 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi melaporkan 958 kes baharu Covid-19 berbanding 953 semalam dan 1,072 pada 24 April. Dalam tempoh 24 jam, MoH juga merekodkan 13 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 413,714 dan kematian pula meningkat kepada 6,913. MoH juga merekodkan 1,047 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kini 396,604. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 364 diikuti Makkah 234 dan daerah Timur 145. Terdapat 9,657 kes aktif dan 1,290 dalam keadaan…

Read More

PdPR dua minggu lepas raya

PUTRAJAYA 26 April – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin, berkata langkah itu bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM. Melalui Facebooknya, beliau berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan. Cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei dan KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah…

Read More