Perancis buka semula sekolah

PARIS: Perancis membuka semula tadika dan sekolah rendah untuk fasa pertama selepas perintah berkurung selama tiga minggu walaupun kes jangkitan baharu Covid-19 masih tinggi.

Murid-murid sekolah menengah dan tinggi pula akan kembali ke kelas pada Isnin depan.

Presiden Emmanuel Macron berkata,  kepulangan ke sekolah akan membantu memerangi ketidaksamaan sosial.

Justeru katanya, anak-anak perlu kembali hadir ke sekolah dengan protokol yang ketat.

Di pinggir bandar Paris, Neuilly-sur-Seine, murid-murid memakai pelitup muka dan menggunakan gel pembasmi kuman apabila memasuki sekolah.

Poster diletakkan untuk memperingati pelajar agar mengamalkan penjarakan fizikal.

Murid-murid sekolah menengah dan tinggi pula akan kembali ke kelas pada Isnin depan.

Sementara itu kesatuan pekerja memberi amaran bahawa jangkitan baharu akan menyebabkan aliran penutupan kelas.

Kerajaan juga akan memansuhkan sekatan perjalanan domestik yang berkuat kuasa di seluruh negara sejak awal April.

Bar dan restoran kembali dibuka serta beberapa perniagaan termasuk aktiviti kebudayaan yang mungkin diizinkan untuk dibuka semula mulai pertengahan Mei.

Pakar kesihatan awam telah memberi amaran bahawa mungkin terlalu awal untuk mengurangkan sekatan.

Pada Ahad, purata seminggu kes baharu turun di bawah 30,000 untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih sebulan daripada sekitar 38,000 ketika perintah berkurung bermula di Perancis.

Related posts

Leave a Comment