Gagal pakai pelitup, PM didenda

BANGKOK 27 April – Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha adalah antara individu terawal yang dikenakan denda kerana gagal memakai pelitup muka pada hari Isnin (26 April ) lalu.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan, pagi Isnin, hari pertama pihak berkuasa mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang dalam laman rasmi Facebooknya berkata

perdana menteri diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) telah dikenakan denda 6,000 baht… Beliau setuju untuk membayarnya,” katanya.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht (S$843).

Aswin baru-baru ini mengumumkan prraturan memakai pelitup muka itu bagi sesiapa yang meninggalkan kediaman mereka.

Related posts

Leave a Comment