Arab Saudi lapor 958 kes

RIYADH 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi melaporkan 958 kes baharu Covid-19 berbanding 953 semalam dan 1,072 pada 24 April.

Dalam tempoh 24 jam, MoH juga merekodkan 13 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 413,714 dan kematian pula meningkat kepada 6,913.

MoH juga merekodkan 1,047 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kini 396,604.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 364 diikuti Makkah 234 dan daerah Timur 145.

Terdapat 9,657 kes aktif dan 1,290 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment