Jumlah kes seperti 5 bulan

GENEVA 27 April – Angka kematian berkaitan virus Covid-19 meningkat untuk enam minggu berturut-turut di peringkat global, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, pada masa yang sama, kes jangkitan turut meningkat untuk sembilan minggu berturut-turut.

“Jumlah kes di seluruh dunia minggu lalu sama banyaknya dengan angka yang direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama wabak ini mula merebak,” katanya pada sidang media di sini semalam (Isnin)

Mengenai situasi di India, WHI menyifatkan lonjakan mendadak kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di India baru-baru ini sebagai “kekecewaan yang luar biasa.”

Katanya , susulan itu, agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tersebut telah menghantar bekalan oksigen dan keperluan kritikal lain ke negara itu.

“Apa yang berlaku di India sangat mengecewakan. WHO melakukan apa yang terdaya, termasuk menyediakan bantuan peralatan kritikal, ribuan tong oksigen, membuka hospital di lapangan dan membekalkan barangan makmal.

“Seperti yang saya katakan pada Jumaat, WHO telah mengerahkan lebih 2,600 kakitangannya ke India, bagi membantu pihak berkuasa mengawal penularan, termasuk dalam aspek pemantauan dan vaksinasi,” katanya.

Related posts

Leave a Comment