11 kematian di Arab Saudi

JEDDAH 29 April – Sebelas lagi pesakit meninggal dunia ketika Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan yang melebihi 1,000 kes untuk tiga hari berturut-turut bermula dengan 1,045 dan 1,061 kes. Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 1,055 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 399,509 Sementara itu daerah Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 441 kes diikuti Makkah 231 dan wilayah Timur 133  . Kes aktif pula 9,852 orang dengan ketiadaan penjarakan fizikal.

Read More

16 kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 29 April – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan 16 kes jangkitan baharu tempatan dan 19 import sehingga tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 61,121 kes. Jumlah kes dalam masyarakat itu yang dianggap tertinggi tidak merekodkan sebarang kes di asrama pekerja asing. Antara kes baharu itu, tujuh adalah anggota keluarga Kes 62517, iaitu lelaki Singapura, 38 tahun, yang bekerja sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang ditugaskan ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. Mereka sudah diletakkan di bawah kuarantin sebelum ini. Lelaki itu disahkan positif Covid-19…

Read More

Jumlah kes Indonesia 1,517,432 orang

JAKARTA  29 April – Kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila 6,015 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,517,432 orang. Kes positif pula meningkat kepada 1,662,868 orang selepas 5.833 lagi kes baharu direkodkan. Lima wilayah yang mencatatkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Tengah 1,415, Jawa Barat 1,145, Jakarta 480, Kalimantan Tengah 363 dan Yogyakarta menambahkan 313 orang dan kumulatifnya 34.149 orang.  Bagi kes positif pula, lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Barat  (1,1119), Jakarta 987,  Jawa Tengah 592,, Riau 579, dan Jawa Timur 325. Sebanyak 218 lagi pesakit meninggal…

Read More

Thailand catat 1,871 kes, 10 kematian

BANGKOK 29 April – Thailand merekodkan 1,871 kes baharu Covid-19 dan 10 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 63,570 kes serta 188 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), enam kematian berlaku di Bangkok, dan yang lain di Nakhon Sawan, Samut Prakan, Yasothon dan Ayutthaya. Mangsa berusia 45 hingga 91 tahun terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita di mana lima daripada mereka menghidap diabetes di samping ada juga yang obesiti serta penyakit darah tinggi, strok, jantung, paru-paru dan buah pinggang. Daripada 1,871 kes baharu, 1,864 adalah jangkitan tempatan —…

Read More

8,276 kes baharu Filipina

MANILA 29 April – Filipina hari ini merekodkan 8,276 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,028,738 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) turut melaporkan 6,636 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 942,239 atau 91.6 peratus. Bagi tempoh yang sama, 114 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 17,145. Kes aktif pula sebanyak 69,354.

Read More

India lepasi 18 juta kes

JUMLAH kes Covid-19 di India sudah melepasi angka 18 juta orang pada Khamis, 29 April selepas satu lagi ‘rekod dunia’ baharu dicatatkan berhubung jangkitan koronavirus tersebut. Menurut data Kementerian Kesihatan negara itu, dalam tempoh 24 jam, India melaporkan sejumlah 379,257 kes baharu Covid-19 dan 3,645 kematian. Angka kematian dalam sehari itu adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini sejak pandemik bermula. Sementara itu, pekerja pengurusan mayat bertungkus-lumus sepanjang waktu. Menurut laporan media, kerja mengebumi mayat menjadi rumit, malah banyak upacara pembakaran mayat terpaksa dilakukan di kawasan terbuka seperti di tapak letak…

Read More

12 kluster baharu, 378 aktif

PUTRAJAYA 29 April  – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti, masing-masing tiga kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kluster tempat kerja, serta dua kluster keagamaan. Jumlah kluster kini 1,638 kluster, bagaimanapun 1,260 tamat termasuk empat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan, Kluster Jalan Azlan, Kluster Banggol Chicha, dan Kluster Jalan Sebelas. Sebanyak 378 kluster aktif dan 83 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster DTI Lenggeng (43 kes), Kluster Raub Jaya (38 kes), dan Kluster Jalan Adika Raja (33…

Read More

Kes baharu terus meningkat

PUTRAJAYA 29 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 melebihi 3,000 apabila merekodkan 3,332 kes berbanding 3,142 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 404,925 kes. Daripada jumlah itu, 3,323 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,099 warganegara dan 224 bukan warganegara manakala kes import pula sembilan iaitu seorang warganegara dan lapan bukan warganegara. Sebanyak 1,943 kes telah pulih menjadikan 375,340 pesakit sembuh manakala kes aktif pula 28,093. Pada masa sama 15 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,492 kes. Kes yang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah…

Read More

Kes tertinggi di Selangor

PUTRAJAYA 29 April – Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan merekodkan 1,083 kes berbanding 1,019 yang dilaporkan semalam. Ini diikuti Sarawak dengan 522 kes berbanding 416 semalam dan Kelantan 401. Labuan tidak merekodkan kes positif baharu Selangor: 1,083 kes 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Rotan, Kluster Jalan RP Tiga, dan Kluster Jalan TIga Belas – Tiga; 705 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 342 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Sarawak: 522 kes 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu…

Read More

Menteri komunikasi positif Covid-19

KUALA LUMPUR 29 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19, setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam Rabu. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital. Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Kementerian berkata, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar. Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan…

Read More