Sembilan lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 19 Jan. – Sembilan lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,818 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak,  ada antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,761 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 33,809 individu atau 82.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,994 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,775 kes di hospital dan 183 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Sebanyak 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 84 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment