Jangkitan harian 1,045 di Saudi

JEDDAH 27 April – Arab Saudi hari ini merekodkan pertambahan kes baharu dengan merekodkan 1,045 kes berbanding semalam 958 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 414,219 kes. Menurut Kementerian Kesihatan sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 6,913 Di samping itu, jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 397,587 termasuk 983 kes yang dilaporkan penuh dalam tempoh 24 over the past 24 hours, raising the total number of people free from the deadly virus to 397,587. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian  tertinggi dengan 419 kes diikuti Makkah…

Read More

15 kematian di Thailand, 2,179 kes baharu

BANGKOK 27 April – Thailand merekodkan 15 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini berbanding lapan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 163 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, jumlah jangkitan meningkat kepada 59,687 kes termasuk 2,179 kes baharu termasuk lima import yang direkodkan hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),:15 kematian baharu melibatkan warganegara Thai iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 24 hingga 88 tahun. Sembilan kematian direkodkan di Bangkok, dua Di Nakhon Sawan dan masing-masing satu di Chaiyaphum, Phetchaburi, Samut Prakan dan Saraburi provinces. Kebanyakan mereka menghidap penyakit kronik…

Read More

11 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 27 April –  Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. KLUSTER JALAN PUCHONG Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sepang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361115) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Puchong, Petaling.…

Read More

Belum ada SOP Aidilfitri

KUALA LUMPUR 27 April – Hari ini ramai yang tertunggu-tunggu apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diumumkan seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Justeru, sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan tetapi tidak ada sebarang pengumuman kecuali rentas negeri masih dilarang sehingga 9 Julai.. Ismail Sabri menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai  SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial. Tegasnya, SOP yang ditularkan itu adalah palsu. “Fake, tak betul saya tidak pernah umum mengenai SOP Aidilfitri, belum…

Read More

Kes harian masih tinggi di Selangor

PUTRAJAYA 27 April – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 750 kes (27.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 568 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes (17.7 peratus) dan Sarawak sebanyak 432 kes (15.8 peratus). Selangor: 750 kes 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puchong, Kluster Jalan Sejati, dan Kluster Persiaran Setia Murni; 502 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;…

Read More

Peniaga colek juga kena RM50,000

KOTA BHARU 27 April – Bukan setakat peniaga burger tetapi peniaga colek juga menerima nasib yang sama dikompaun RM50,000 selepas didatangi polis pukul 11.20 malam Ahad lalu. Mohd Azizi Mohd Nor, 42, berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Chekok Tengah pada sebelah malam pada bulan Ramadan dengan konsep bungkus dan bawa pulang. Menurut Astro Awani, Mohd Azizi mendakwa anggota polis berkenaan mengeluarkan notis kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan, menyebabkan dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, terkejut. Menceritakan lanjut, Mohd Azizi mendakwa, dia dan isterinya sudahpun…

Read More

Sabah sekat individu 5 negara

KOTA KINABALU 27 April –  Sabah bertindak menyekat kemasukan semua individu dari negara India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil yang berkuatkuasa esok, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Beliau berkata, langkah itu adalah bagi mencegah kemasukan varian baharu (VoC). Katanya, pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat negeri ini dan pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja. Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam…

Read More

Tun M akui kerajaan lakukan yang terbaik

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad  yakin kerajaan sedang melakukan yang terbaik bagi menangani Covid-19 tetapi banyak perkara lain perlu dilihat oleh pemerintah. “Saya rasa kerajaan sedang melakukan yang terbaik. Tetapi ada perkara lain yang harus dilihat oleh kerajaan. Panel doktor harus dibentuk untuk memberi nasihat kepada Kerajaan,” katanya. Katanya, virus ini tidak akan hilang dengan mudah dan ia boleh melanda dunia dalam jangka masa yang lama. “Negara-negara kaya harus berhenti menghabiskan ratusan bilion untuk cara membunuh orang. Saintis terbaik mereka harus mengkaji dan mengembangkan cara untuk memerangi…

Read More