Sabah sekat individu 5 negara

KOTA KINABALU 27 April –  Sabah bertindak menyekat kemasukan semua individu dari negara India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil yang berkuatkuasa esok, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi mencegah kemasukan varian baharu (VoC).

Katanya, pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat negeri ini dan pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja.

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalani prosedur ‘signoff’ di Sabah.

“Terkecuali kepada kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kurantin wajib 14 hari di stesen kuarantin diwartakan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment