PUTRAJAYA 27 April – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 750 kes (27.4 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 568 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes (17.7 peratus) dan Sarawak sebanyak 432 kes (15.8 peratus).
- Selangor: 750 kes
- 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puchong, Kluster Jalan Sejati, dan Kluster Persiaran Setia Murni;
- 502 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 182 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Kelantan: 484 kes
- 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Padang Tembak;
- 322 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 66 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 432 kes
- 129 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Tuah;
- 245 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 377 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Sentul;
- 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Empat (4) kes import dari luar negara; dan
- 131 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 220 kes
- 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Muar;
- 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Pulau Pinang: 115 kes
- 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cangkat Minden;
- 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.