Belum ada SOP Aidilfitri

KUALA LUMPUR 27 April – Hari ini ramai yang tertunggu-tunggu apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diumumkan seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Justeru, sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan tetapi tidak ada sebarang pengumuman kecuali rentas negeri masih dilarang sehingga 9 Julai..

Ismail Sabri menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai  SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial.

Tegasnya, SOP yang ditularkan itu adalah palsu.

“Fake, tak betul saya tidak pernah umum mengenai SOP Aidilfitri, belum lagi. Saya akan umum sambutan Aidilfitri iaitu mengenai (SOP) solat Aidilfitri, ziarah tanah perkuburan dan kunjung-mengunjung akan diumumkan.

“Mengenai rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih lagi memperhalusi SOP tersebut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Apabila selesai (penilaian), kita akan umum dalam masa terdekat,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment