Rt Covid-19 Kelantan 1.43

PUTRAJAYA 21 April – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan kini 1.43 melepasi Rt negara, 1.19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, nilai tersebut merupakan jangkaan mengikut kes harian pada Selasa.

Kadar Rt Kuala Lumpur pula adalah 1.28 diikuti Negeri Sembilan (1.18), Sarawak (1.17), Terengganu (1.15), Selangor (1.10) dan Sabah (1.10), Kedah (Rt 1.09), Melaka (1.06) dan Pahang (1.0).

“Empat negeri merekodkan kadar Rt di bawah satu adalah Pulau Pinang (0.91), Putrajaya (0.97), Johor (0.9) dan Perak (0.82),” katanya menerusi Twitter hari ini.

Nilai Rt adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Related posts

Leave a Comment