Peringatan masjid patuh SOP

KUANTAN 21 April – Satu pengajaran kepada pihak pengurusan atau pentadbir apabila sebuah masjid di Pekan dikompaun RM10,000 semalam.

Hakikatnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bukanlah satu perkara baharu tetapi telah lama ditetapkan.

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Bahari Che Awang Ngah, pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Pekan mengeluarkan kompaun itu selepas mendapati pengurusan masjid tidak mendaftarkan nama jemaah seperti disyaratkan.

“Kompaun dikeluarkan agar masjid lain mengambil iktibar. Bayaran telah dibuat oleh pihak masjid dengan 50 peratus diskaun,” katanya ringkas kepada media menerusi pesanan aplikasi WhatsApp hari ini.

Hari ini tular di media sosial Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sri Maulana di Pekan dikompaun RM10,000 kerana didakwa tidak menyediakan Kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan semasa pemeriksaan dijalankan 11 pagi semalam, yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

Antara SOP yang perlu dipatuhi selain Kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran adalah menyediakan pengimbas suhu, penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Related posts

Leave a Comment