19 sekolah di Selangor tutup

SHAH ALAM 20 April – Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula semalam (Isnin) berikutan kemunculan kluster pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, penutupan sekolah adalah untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

Sekolah terlibat adalah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya; SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.

SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.

Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.

Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

“Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” katanya.

Related posts

Leave a Comment