Arab Saudi catat 1,070 kes

RIYADH 14 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 1,070, satu peningkatan berbanding 970 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 11 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan 407,010 sementara kematian pula sebanyak 6,846. Kementerian juga melaporkan 940 pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 390,538 manakala kes aktif 9,626 di mana 1,105 dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 483 kes diikuti Makkah 209 dan daerah Timur 157.

Read More

Kes penerima vaksin positif

SINGAPURA 20:April – Seorang pekerja Bangladesh berusia 35 tahun yang sudah menerima dos vaksin sepenuhnya adalah antara 14 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, pekerja itu menunjukkan gejala koronavirus walaupun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 12 Mac dan dos keduanya pada 13 April. Penyelia binaan itu mengalami hidung berair pada 16 April tetapi tidak melaporkan gejala tersebut tetapi pada hari yang sama, diuji bagi Covid-19 sebagai sebahagian ujian rutin berjadual. Hasil ujian, lelaki itu didapati positif . Sementara itu, 13 lagi yang…

Read More

Bazar Kepala Batas, Penaga diberi amaran

KEPALA BATAS 20 April – Dua penganjur bazar Ramadan di Pekan Kepala Batas dan Penaga dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, notis itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam operasi yang turut disertai pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri, petang Selasa. Notis amaran serta-merta itu dikeluarkan bagi memastikan penganjur menambah baik pematuhan SOP dan sekiranya gagal, tindakan penutupan akan diambil. Noorzainy berkata antara kesalahan yang dikesan ialah penganjur gagal mengawal jumlah…

Read More

Filipina catat 7,379 kes baharu

MANILA 20 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,379 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan, 953,106 kes dengan kes aktif pula 127,006 atau 13.3 peratus. Setakat pukul 4 petang ini juga, 93 orang dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 16,141 orang atau 1.69 peratus. Kes sembuh pula meningkat kepada 809,959 atau 85.0 peratus apabila 21,664 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Read More

1,443 kes baharu di Thailand

BANGKOK 20 April – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan berbanding semalam 1,394 kes apabila merekodkan 1,443 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 45,185. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, pada masa yang sama empat lagi meninggal dunia yang membawa kepada 108 kematian setakat ini. Mereka yang meninggal dunia adalah wanita dan lelaki tempatan masing-masing berusia 78 di Bangkok, wanita India, 86 dan lelaki tempatan, 30 di Bangkok. Ada antara mereka menghidap penyakit kronik. Daripada 1,443 kes yang direkodkan, 1,328 disahkan di hospital, 113 dikesan melalui ujian pengesanan dan…

Read More

14 kluster baharu, 340 masih aktif

PUTRAJAYA 20 April – Hari ini 14 kluster baharu dikesan yang melibatkan enam kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat komuniti, tiga tempat kerja dan satu keagamaan. Ini menjadikan jumlah kluster kini 1,534 dan daripada jumlah itu,  1,194 kluster tamat termasuk 12 hari ini manakala 340 kluster masih aktif. Kluster tamat hari ini adalah Kluster Taman Tunku, Kluster Jalan Helang, Kluster Jalan Delima, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Kunci Air, Kluster Kampung Nyatoh, Kluster Jalan PKNK 1/6, Kluster Jalan Sikamat Lama, Kluster Batu…

Read More

Sarawak tambah kes baharu

PUTRAJAYA 20 April – Sarawak mendahului negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 600 kes (25.6 peratus) berbanding 589 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 540 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 539 kes (23.0 peratus) berbanding 457 kes semalam dan Kelantan sebanyak 429 kes (18.3 peratus) berbanding 290 semalam. Sarawak: 600 kes 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tengah Betong dan Kluster Sungai…

Read More

Kes baharu meningkat

PUTRAJAYA 20 April – Sebanyak 2,341 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,334 adalah kes tempatan yang melibatkan 2,209 warganegara dan lima bukan warganegara manakala tujuh kes import melibatkan dua warganegara dan lima bukan warganegara. Sebanyak empat kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (3 kes) dan Kluster Tembok Sri Aman (1 kes). Kes sembuh pula meningkat kepada 356,816 kes termasuk…

Read More