Indonesia catat 1.5 juta kes

JAKARTA 9 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,558,145 selepas 5,265 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Bagi tempoh yang sama, kes sembuh kini 1,405,659 atau 90,2 peratus termasuk angka kesembuhan sembuh harian sebanyak 6,277. Kes pesakit yang meninggal dunia juga meningkat apabila sebanyak 121 kes dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 42,348 kes. Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,013 kes dan kumulatifnya 390,590 kes, Jawa Barat 931 kes (256,834), Jawa Tengah 569  (173.235) kasus, Jawa Timur 308 (142.028), Kalimantan Selatan 281…

Read More

12,225 kes harian di Filipina

MANILA 9 April – Filipina merekodkan 12,225 kes jangkitan Covid-19 hari ini, satu jumlah yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding 9,216 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 946 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 647,683 atau 77.1 peratus Bagi tempoh yang sama sebanyak 401 orang lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 14,520 kematian manakala kes aktif pula 178,351 atau 21.2 peratus.

Read More

Lonjakan kes jangkitan di Thailand

BANGKOK 9 April – Thailand terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, dalam tempoh 24 jam dengan merekodkan 559 kes baharu dan satu kematian berbanding 405 kes semalam. Daripada jumlah itu, 549 adalah kes penularan tempatan iaitu 148 melalui pengesanan kes aktif, 401 di hospital manakala 10 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 30,869 kes dan 96 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 214 kes berkaitan dengan pusat hiburan di pelbagai wilayah termasuk 85 di Bangkok, 31 Samut Prakan, 28 Prachuap Khiri Khan (Hua Hin), tujuh di Chon Buri…

Read More

Seri Paduka rakam takziah

KUALA LUMPUR 9 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan takziah atas pemergian Putera Philip, Duke of Edinburgh. Dalam ucapan yang dikongsikan menerusi akaun media sosial Istana Negara, baginda berdua menyifatkan segala pengorbanan dan sumbangan mendiang kepada Malaysia akan terus dikenang. Mendiang akan dikenang oleh baginda berdua, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan kepada Ratu Elizabeth II, sokongan berterusan kepada Komanwel, yang mana Malaysia berbangga sebagai anggotanya selain usaha mendiang dalam mengukuhkan hubungan United…

Read More

Putera Philip meninggal dunia

PUTERA PHILIP, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pagi tadi (waktu tempatan) di Istana Windsor, pada usia 99 tahun. Kenyataan  yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II menyebut: Her Majesty announced her husband’s death at midday. Buckingham Palace said in a statement: ‘It is with deep sorrow that Her Majesty The Queen announces the death of her beloved husband, His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh. Putera Philip yang  mendapat gelaran Duke Edinburgh selepas  mendirikan rumah tangga dengan Ratu Elizabeth pada 20 November, 1947  bersara daripada tugasan menghadiri semua upacara…

Read More

342 kluster aktif, 1,100 tamat

PUTRAJAYA 9 April – Tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan empat kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti menjadikan jumlah 1,442 kluster direkodkan setakat ini di mana 342 masih aktif dan 1,100 telah tamat. Tiga belas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Pelepas Dua, Kluster Teknologi Tenggara, Kluster Parit Penyengat Darat, Kluster Sri Jelutung, Kluster Kampung Columbia. Kluster Jalan Payamanis, Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Duyong, Kluster Lorong Kilang, Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Bukit Kemuning, dan Kluster Tapak Bina Jalan…

Read More

Sarawak dahului kes harian

PUTRAJAYA 9 April –  Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 555 kes (29.9 peratus) berbanding 211 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 417 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Peningkatan kes di Sarawak adalah disebabkan oleh pertambahan kluster-kluster dalam kalangan komuniti termasuklah rumah-rumah panjang. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah acara-acara keramaian dan aktiviti-aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, dan lain-lain acara keraian. Pada hari ini sahaja, Sarawak melaporkan dua (2) kluster komuniti yang baharu iaitu Kluster…

Read More

Kes jangkitan meningkat kembali

Status terkini COVID-19 setakat 9 April 2021 Jumlah kes sembuh baharu: 1,247 kes Jumlah kumulatif kes sembuh: 341,489 kes (95.5%) Jumlah kes baharu COVID-19: 1,854 kes Jumlah kumulatif: 357,607 kes Jumlah kes aktif: 14,805 kes Kes tempatan: 1,834 kes (1,616 WN, 218 BWN) Kes import: 20 kes (5 WN, 15 BWN) Jumlah kematian baharu: 5 kes (3 WN, 2 BWN) Jumlah kumulatif kematian: 1,313 kes (0.37 %) Jumlah kes di ICU: 169 kes Pesakit COVID-19 Intubated: 79 kes

Read More

Zahid, Anwar belum lapor polis

IPOH 9 April – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim atau pegawai mereka masih belum membuat laporan polis mengenai audio perbualan yang dikatakan mirip suara mereka. Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin ketika mengesahkan demikian berkata, laporan yang dibuat adalah oleh orang lain. “Yang pasti, kalau ada laporan polis, kita akan buat siasatan. Kalau Zahid kata dia tak ada buat conversation itu, dia patut yakin dan dia buat laporan polis. “Sampai semalam, dia tak ada pun buat laporan polis. Begitu juga Anwar Ibrahim, kalau…

Read More

Pas tolak jajaran baharu, perkukuh PN

MARANG 9 April – Pas menolak sebarang bentuk kerjasama bagi mewujudkan jajaran politik baharu, sebaliknya, akan terus memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya benar wujud jajaran baharu berkenaan termasuk melibatkan PKR. Merujuk pada penularan rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi berkata, sekiranya benar wujud komunikasi sedemikian, itu memberi tanda-tanda jajaran politik baru yang ditolak Pas. Itu sebahagian daripada jajaran baharu.. jajaran baharu sudah diumumkan (sebelum…

Read More