Seri Paduka rakam takziah

KUALA LUMPUR 9 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan takziah atas pemergian Putera Philip, Duke of Edinburgh.

Dalam ucapan yang dikongsikan menerusi akaun media sosial Istana Negara, baginda berdua menyifatkan segala pengorbanan dan sumbangan mendiang kepada Malaysia akan terus dikenang.

Mendiang akan dikenang oleh baginda berdua, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan kepada Ratu Elizabeth II, sokongan berterusan kepada Komanwel, yang mana Malaysia berbangga sebagai anggotanya selain usaha mendiang dalam mengukuhkan hubungan United Kingdom dan Malaysia.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!