Zahid, Anwar belum lapor polis

IPOH 9 April – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim atau pegawai mereka masih belum membuat laporan polis mengenai audio perbualan yang dikatakan mirip suara mereka.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin ketika mengesahkan demikian berkata, laporan yang dibuat adalah oleh orang lain.

“Yang pasti, kalau ada laporan polis, kita akan buat siasatan. Kalau Zahid kata dia tak ada buat conversation itu, dia patut yakin dan dia buat laporan polis.

“Sampai semalam, dia tak ada pun buat laporan polis. Begitu juga Anwar Ibrahim, kalau dia yakin bukan dia yang bersuara, dia buat laporan polislah.

“Saya nak bagi tahu pada rakyat semua, melakukan laporan polis dan laporan itu palsu adalah melakukan satu kesalahan. Jadi kalau dia rasa dia tak melakukan kesalahan, apa takut, buatlah laporan polis,” ujar Hamzah.

Beliau ditemui selepas program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri Di Tambun, Perak hari ini.

Related posts

Leave a Comment