‘Blake’ mati, penjaganya memeluk Islam

SEPANG 22 Sept. – Selepas 72 jam, Blake, anjing yang banyak berjasa dalam misi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)l mati Selasa lalu, penjaga haiwan tersebut, PB Salbuddin Salleh memeluk Islam.

Salbuddin, anggota bomba dari Unit K9 JPBM melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam pagi Jumaat bersaksikan bapa saudara dan sepupunya.

Terdahulu tular di aplikasi TikTok yang memaparkan Salbuddin, 34 melafazkan dua kalimah syahadah beserta kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah…”.

Blake yang dijaganya sejak tahun 2018 sebelum ini ditidurkan (euthanized) pada pukul 4.38 petang 18 September 2023 selepas dikesan menghidapi barah lymphoma.

Menerusi satu kenyataan dari JBPM, Blake dari disiplin Cadaver itu telah didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sebelum dimasukkan sekali lagi ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 September lalu.

Untuk rekod, Blake terbabit dalam pelbagai misi Mencari dan Menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali; mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; Operasi SAR kepala air di Titi Hayun, Yang, Kedah dan SAR mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak, Pahang.

Blake juga sempat mengikuti raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment