12,225 kes harian di Filipina

MANILA 9 April – Filipina merekodkan 12,225 kes jangkitan Covid-19 hari ini, satu jumlah yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding 9,216 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 946 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 647,683 atau 77.1 peratus

Bagi tempoh yang sama sebanyak 401 orang lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 14,520 kematian manakala kes aktif pula 178,351 atau 21.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment