Sarawak dahului kes harian

PUTRAJAYA 9 April –  Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 555 kes (29.9 peratus) berbanding 211 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 417 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Peningkatan kes di Sarawak adalah disebabkan oleh pertambahan kluster-kluster dalam kalangan komuniti termasuklah rumah-rumah panjang.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah acara-acara keramaian dan aktiviti-aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, dan lain-lain acara keraian.

Pada hari ini sahaja, Sarawak melaporkan dua (2) kluster komuniti yang baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso.

Dua negeri lain dengan pelaporan kes harian baharu tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 403 kes (21.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 176 kes (9.5 peratus).

  • Sarawak: 555 kes
    • 124 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso;
    • 293 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 403 kes 
    • 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 228 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 176 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kluang Satu;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 94 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 143 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 78 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 139 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sim-Sim dan Kluster Batu Lima Jalan Sibuga;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 135 kes
    • 19 kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Bukit Pantai;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 15 kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 103 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ismail Sultan;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment