Lonjakan kes harian di Arab Saudi

RIYADH 2 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus melonjak dengan catatan terkini 728 kes baharu, angka tertinggi dalam tempoh beberapa bulan lalu. Selama seminggu merekodkan lebih 500 kes bermula 26 Mac dengan catatan 510, diikuti 502 dan 531 (28 Mac), jumlah itu terus meningkat kepada 541 (29 Mac), 556 (30 Mac), 585 (31 Mac) dan semalam 590 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan kes baharu itu dalam tempoh 24 jam, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 391,325 dengan kes aktif sebanyak 5,768, di mana 735…

Read More

43 kes import di Singapura

SINGAPURA 2 April – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura merekodkan sebanyak 43 kes baharu Covid-19  – semuanya kes import – setakat 12 tengah hari ini (Jumaat 2 April) menjadikan  jumlah kes jangkitan meningkat kepada 60,450. Menurut kenyataan MoH, kes import itu termasuk melibatkan rakyat Singapura, penduduk tetap (PR), pemegang pas pelajar, pemegang permit kerja dan pelawat jangka pendek. Mereka tiba dari negara seperti Jerman, India, United Kingdom, Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Papua New Guinea. Sebanyak 15 kes telah dikeluarkan dari hospital menjadikannya sejumlah 60,176 pesakit yang telah pulih. Ketika ini…

Read More

45 tempatan 13 import di Thailand

BANGKOK 2 April – Thailand merekodkan 58 kes baharu Covid-19 yang meliputi 45 kes jangkitan tempatan dan 13 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 28,947. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19,  (CCSA) sebanyak 42 kes dicatatkan di hospital dan tiga ujian pengesanan di mana dua kes dikesan di tempat hiburan. Bangkok mencatatkan 20 kes dan 19 daripadanya warga Thai yang dikesan di hospital. Samut Sakhon pula merekodkan 14 kes dan .Samut Prakan lima kes. Sebanyak 13 kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari Amerika Syarikat (7), India (2),…

Read More

15,310 kes baharu di Filipina

MANILA 2 April – Filipina merekodkan 15,310 kes hari ini, satu jumlah yang agak besar disebabkan masalah teknikal yang berlaku kepada sistem laporan kes Covid-19 pada 31 Mac lalu. Pada Rabu lepas, kes yang direkodkan adalah 6,128 tetapi sebenarnya masih ada tambahan kes sebanyak 3,709. Baki angka itu dibawa kepada jumlah kes baharu hari ini dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 771,497 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan merekodkan 434 kes sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 604,368. Sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah…

Read More

Lagi tujuh kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 2 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,388 kluster. Bagaimanapun daripada jumlah itu, 1,025 kluster telah tamat termasuk sembilan hari ini iaitu Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Damai Pelangi, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pasar Borong KL 2, Kluster Jalan Jasmine, Kluster Jalan Empat, Kluster Jalan Industri Kidamai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Persiaran Alam. Jumlah kluster aktif pula 363 di mana 57 kluster menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi…

Read More

Selangor masih tinggi catatan harian

PUTRAJAYA 2 April – Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 455 kes atau 35.2 peratus menjadikan jumlah kumulatif 116,770. Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak217 kes (16.8peratus) dan Pulau Pinang sebanyak139 kes (10.7 peratus). Selangor: 455 kes  185 kes daripada kluster-kluster; termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Bukit Angkat dan Kluster Pekan Batu; 190 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes…

Read More

Kes sembuh atasi kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 April 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : 1,442 kes (332,443 kes kumulatif, 95.5%); Kes baharu : 1,294 kes (347,972 kes kumulatif); Kes import : 26 kes (9 warganegara, 17 bukan warganegara) Kes tempatan : 1,268 kes [897 warganegara (70.7%); 371 bukan warganegara (29.3%)]; Kes aktif : 14,246 kes; Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 168 kes; Kes memerlukan bantuan pernafasan : 78 kes;dan Kes kematian : 5 kes (1,283 kes…

Read More

PKP & PKPD di beberapa kawasan

KUALA LUMPUR 2 April – Tawau di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok 3 April sehingga 16 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira status kes Covid-19 serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam satu kenyataan, beliau berkata langkah itu  diambil bagi memudahkan proses saringan secara bersasar khususnya di kawasan positif termasuk mengawal pergerakan keluar masuk penduduk. Kerajaan juga memutuskan Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan Sabah dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 16…

Read More

AstraZeneca lulus pendaftaran bersyarat

PUTRAJAYA 2 April – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-355 hari ini meluluskan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana produk vaksin Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran vaksin itu dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kelulusan EUL bagi vaksin keluaran AstraZeneca-SK Bioscience telah diumumkan oleh WHO pada 15…

Read More

740,226 dos sudah disuntik

SERAMAI 241,758 individu di dalam negara yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 498,468 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 740,226.

Read More