Warner Bros, Paramount bergabung

LOS ANGELES – Dua gergasi studio Hollywood itu akhirnya bergabung apabila Paramount Skydance secara rasmi mengambil alih Warner Bros Discovery menerusi penggabungan bernilai AS$110 bilion.

Penggabungan yang dimuktamadkan selepas berbulan-bulan berdepan pertikaian undang-undang serta kritikan dijangka mengubah landskap industri hiburan dan media global.

Melalui penggabungan itu, entiti baharu itu akan beroperasi di bawah nama Skydance Corporation, diketuai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skydance, David Ellison.

Skydance akan menyatukan pelbagai jenama utama termasuk HBO, CNN, CBS, Nickelodeon, Showtime, Comedy Central, DC Studios dan Food Network.

Paramount turut memperoleh hak francais terkenal seperti Harry Potter, Game of Thrones dan The Lord of the Rings, yang akan melengkapkan katalog sedia adanya merangkumi Indiana Jones, Mission: Impossible dan Shrek.

Warner Bros yang ditubuhkan lebih satu abad lalu dan Paramount yang berusia 114 tahun masing-masing merupakan antara studio paling berjaya dalam sejarah Hollywood, dengan kedua-duanya memenangi lebih 100 Anugerah Oscar sepanjang operasi mereka.

Penggabungan itu mendapat kelulusan pihak berkuasa persaingan di seluruh dunia selepas beberapa negeri di Amerika Syarikat menarik tindakan undang-undang yang sebelum ini cuba menghalang perjanjian berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, turut menyambut baik penggabungan itu dan menyifatkannya sebagai langkah yang positif.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment