Selangor masih tinggi catatan harian

PUTRAJAYA 2 April – Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 455 kes atau 35.2 peratus menjadikan jumlah kumulatif 116,770.

Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak217 kes (16.8peratus) dan Pulau Pinang sebanyak139 kes (10.7 peratus).

  • Selangor: 455 kesĀ 
    • 185 kes daripada kluster-kluster; termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Bukit Angkat dan Kluster Pekan Batu;
    • 190 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 217 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 110 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 139 kes
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 103 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster; termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taat;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment