Lagi tujuh kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 2 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,388 kluster.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, 1,025 kluster telah tamat termasuk sembilan hari ini iaitu Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Damai Pelangi, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pasar Borong KL 2, Kluster Jalan Jasmine, Kluster Jalan Empat, Kluster Jalan Industri Kidamai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Persiaran Alam.

Jumlah kluster aktif pula 363 di mana 57 kluster menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi termasuk Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Kluster Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (55 kes)

Berikut perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BANJARAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347146) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Banjaran, Kota Kinabalu. Sehingga 2 April, sejumlah 20 individu telah disaring, di manalapan (8) kes dikesan positif.

  • KLUSTER SIMPANG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340924) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Kampung Simpang Empat, Kunak. Sehingga 2 April, sejumlah 100 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 1 April , sejumlah 59 individu disaring, di mana 38 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TAAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345961) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Taat, off Jalan Tun Razak, Johor Bahru. Sehingga 2 April, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333711) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Lembah Pantai. Sehingga 2 April, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin, Rembau, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan; serta daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 343950) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan awam yang terletak di Jalan Padang, Tampin. Sehingga 2 April, sejumlah 101 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER WAKAF CHAGAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331708) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Wakaf Chagak, Kuala Nerus. Sehingga 2 April, sejumlah 167 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER KALINDUKAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338696) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan pengiring ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Kalindukan, Nabawan. Sehingga 2 April , sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERMATANG PASIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344904) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Permatang Pasir, Linggi, Port Dickson. Sehingga 2 April, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PEKAN BATU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344419) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni-penghuni dan kakitangan sebuah rumah jagaan warga emas yang terletak di Pekan Batu 9, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 2 April, sejumlah 30 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment