45 tempatan 13 import di Thailand

BANGKOK 2 April – Thailand merekodkan 58 kes baharu Covid-19 yang meliputi 45 kes jangkitan tempatan dan 13 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 28,947.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19,  (CCSA) sebanyak 42 kes dicatatkan di hospital dan tiga ujian pengesanan di mana dua kes dikesan di tempat hiburan.

Bangkok mencatatkan 20 kes dan 19 daripadanya warga Thai yang dikesan di hospital. Samut Sakhon pula merekodkan 14 kes dan .Samut Prakan lima kes.

Sebanyak 13 kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari Amerika Syarikat (7), India (2), Finland (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Belgium (1) dan Madagascar (1).

CCSA juga memaklumkan dari 28,947 kes, sebanyak 27,606 atau 95 peratus dilaporkan sembuh termasuk 58 yang dibenarkan keluar hospital hari ini manakala 1,247 masih menerima rawatan di hospital.

Empat belas daripada jumlah itu dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment