15,310 kes baharu di Filipina

MANILA 2 April – Filipina merekodkan 15,310 kes hari ini, satu jumlah yang agak besar disebabkan masalah teknikal yang berlaku kepada sistem laporan kes Covid-19 pada 31 Mac lalu.

Pada Rabu lepas, kes yang direkodkan adalah 6,128 tetapi sebenarnya masih ada tambahan kes sebanyak 3,709.

Baki angka itu dibawa kepada jumlah kes baharu hari ini dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 771,497 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan merekodkan 434 kes sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 604,368.

Sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,320 kematian sementara kes aktif 153,809.

Related posts

Leave a Comment