43 kes import di Singapura

SINGAPURA 2 April – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura merekodkan sebanyak 43 kes baharu Covid-19  – semuanya kes import – setakat 12 tengah hari ini (Jumaat 2 April) menjadikan  jumlah kes jangkitan meningkat kepada 60,450.

Menurut kenyataan MoH, kes import itu termasuk melibatkan rakyat Singapura, penduduk tetap (PR), pemegang pas pelajar, pemegang permit kerja dan pelawat jangka pendek.

Mereka tiba dari negara seperti Jerman, India, United Kingdom, Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Papua New Guinea.

Sebanyak 15 kes telah dikeluarkan dari hospital menjadikannya sejumlah 60,176 pesakit yang telah pulih.

Ketika ini terdapat 40 lagi pesakit di hospital dan seorang dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment