MADSUD: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan Datang dengan baik pergi pun hendaklah dengan baik juga Tidak mengikut peraturan yang ditentukan, tidak jujur Belot
Read MoreMonth: March 2021
Tarawih, Madinatul Ramadan dibenarkan
KOTA BHARU 24 Mac – Kelantan membenarkan solat tarawih di masjid dan surau selepas mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Di samping itu, Madinatul Ramadan yang merupakan program tahunan kerajaan dalam meraikan bulan Ramadan, juga akan diadakan. Bagaimanapun menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, prosedur operasi standard (SOP) solat tarawih dan jumlah yang dibenarkan akan dimaklumkan kemudian selepas jawatankuasa MKN Kelantan bermesyuarat. “Setakat hari ini solat tarawih berjemaah dibenarkan serta Program Madinatul Ramadan dengan pematuhan…
Read MoreCovid-19: Waspada gelombang ketiga
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengingatkan rakyat negara itu supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan gelombang ketiga penularan Covid-19. “Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan kemunculan gelombang ketiga. Seperti yang (ketua penasihat perubatan kerajaan) Chris Witty katakan, dukacita, kita menyaksikan peningkatan kes di Eropah,” katanya. Beliau berkata, United Kingdom (UK) telah mengambil langkah tegas di pintu sempadan termasuk mengenakan ujian saringan mandatori terhadap semua pengembara yang masuk ke negara ini. Dalam sidang media sempena setahun perintah sekatan di negara itu, Johnson turut menyatakan terdapat beberapa…
Read MoreCovid-19: Kematian global meningkat
KADAR kematian global mingguan akibat Covid-19, meningkat buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh minggu, kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. “Selepas enam minggu mencatatkan penurunan kes pada Januari dan Februari, kita kembali mencatatkan peningkatan selama empat minggu. Dan minggu lalu, angka kematian meningkat buat kali pertama dalam tempoh tujuh minggu,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengulangi desakan supaya negara-negara membangun meningkatkan keupayaan bantuan bagi negara miskin. Di peringkat global, katanya, 459 juta dos vaksin sudah diedarkan, tetapi 76 peratus daripadanya hanya berada dalam kalangan 10 negara. “Kejayaan inisiatif Covax…
Read MoreCovid-19: Belanda lanjut sekatan
AMSTERDAM: Belanda melanjutkan tempoh sekatan pergerakan untuk tiga minggu lagi dengan perintah berkurung akan dilaksanakan dari pukul 10 malam hingga 4.30 pagi bermula 31 Mac. Perdana Menteri, Mark Rutte memaklumkan ia susulan kes jangkitan yang naik mendadak di negara itu serta kematian yang melebihi 16,000 orang. “Realiti yang menakutkan sedang berlaku ketika ini dan kita tidak boleh mengetepikan sebarang pendekatan. “Ini bermakna kita akan melanjutkan perintah sekatan sedia ada kepada tiga minggu lagi, hingga 20 April,” katanya. Rutte sebelum ini pernah memberi bayangan sekatan akan dilonggarkan ketika program vaksin sudah…
Read MoreMedia Hari Ini 24.03.2021
13 kes import di Singapura
SINGAPURA 23 Mac – Hari ke-11 tiada kes dalam masyarakat dan asrama pekerja asing sebaliknya Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19, kesemuanya diimport, setakat tengah hari Selasa (23 Mac). Seorang wanita tempatan yang pulang ke Singapura dari Austria tiga minggu lalu merupakan antara kes import hari ini. Wanita berusia 40 tahun itu menetap di Austria sejak Ogos 2019. Beliau tiba di sini pada 2 Mac lalu dan menjalani SHN di sebuah kemudahan khusus sehingga 16 Mac. Kedua-dua ujiannya semasa tiba pada 2 Mac serta ujian swab pada 15 Mac ketika…
Read More1.3 juta sembuh, 1.4 juta positif
JAKARTA 23 Mac – Kes sembuh di Indonesia merekodkan 1,304,921 orang ketika jumlah kumulatif positif terus meningkat kepada 1,471,225. Jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 6,954 orang manakala jumlah kes positif harian pula 5,297. Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,696, Jawa Barat 1,394, Jawa Tengah 1,014, Banten 541 dan Kalimantan Timur 362. Jawa Barat pula mendahului catatan kes positif sebanyak 1,216 orang, Jakarta 815, Jawa Tengah 732, Banten 298 dan Jawa Timur 238 Bagi kes kematian, sebanyak 154 kes direkodkan menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 39,865…
Read MoreKes di Arab Saudi terus meningkat
RIYADH 23 Mac – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan lebih 400 kes baharu Covid-19 apabila mencatatkan 410 kes berbanding 404 semalam. Sebelum ini, empat bulan lalu, pada 23 November, sebanyak 441 kes direkodkan dan selepas itu menunjukkan penurunan sehingga 82 kes pada 3 Januari lalu Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 385,834 dengan kes aktif 4,051 di mana 617 daripadanya dalam keadaan kritikal. Sementara itu lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 6,618. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada…
Read More5,867 kes baharu Filipina
MANILA 23 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,867 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 677,653 dengan kes aktif 86,200. Semalam, Filipina merekodkan kes harian 8,019 dan sebelum itu selama tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 7,000 kes. DoH juga merekodkan 620 kes pesakit sembuh yang secara keseluruhan membawa kepada 578,461 orang pesakit telah pulih. Bagi tempoh yang sama, setakat pukul 4 petang ini, 20 orang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan 12,992 kematian.
Read More